Showing posts with label xango. Show all posts
Showing posts with label xango. Show all posts

Decision, Learn & Action

Saturday, August 21, 2010

En Shah Khan bagitau untuk berjaya dalam apa jua bidang, ada 3 perkara kita perlu buat:
1. Keputusan kukuh (Decision)
2. Belajar (Learn)
3. Laksanakan (Action)

Kali pertama saya datang ke rumah beliau untuk belajar tentang bisnes Monavie beliau pesan kepada saya kalau nak berjaya dalam apa jua bisnes MLM, kena buat keputusan kukuh. Contoh yang terbaik adalah diri beliau sendiri. Beliau telah buat bisnes Xango selama 2 tahun, banyak keringat telah dicurahkan, tetapi apabila beliau buat keputusan untuk buat bisnes Monavie, beliau terus tinggalkan Xango walaupun income beliau telah mencecah RM 90,000 SEBULAN. Beliau kata kita perlu FOKUS. Keputusan mesti kukuh. Bagitau pada diri sendiri, "Saya nak berjaya dalam Monavie. Saya akan buat Monavie sampai berjaya."

En Shah kata, kebanyakan orang gagal dalam sesuatu perkara bukanlah sebab mereka gagal dalam erti kata yang sebenarnya, tetapi mereka berhenti dari melakukan perkara yang sepatutnya boleh membawa kejayaan kepada mereka. Sebagai contoh, orang yang TIDAK KURUS (nak kata GEMUK kurang baik) yang ingin menguruskan badan. Kebiasaannya mereka berusaha bersenam, jaga makan, kemudian sampai satu masa mereka berhenti. No More Exercise! No More Diet! Mereka bukan GAGAL, tetapi mereka BERHENTI!

Begitu juga dalam MLM, kebanyakan orang bukannya gagal... tetapi berhenti buat bisnes.

1. KEPUTUSAN KUKUH

Dalam apa jua bidang, untuk berjaya kita perlu buat keputusan yang kukuh. Nak jadi doktor, engineer, lawyer... semua perlu keputusan yang kukuh. Kalau tak kukuh... setahun dua tahun, kemudian berhenti belajar. Jika keputusan kukuh, kita akan bertahan dalam bisnes ini, walaupun belum nampak hasil. Kebanyakan orang join MLM sebab ingin income besar, tetapi join 3 bulan, kemudian berhenti. Keputusan tak kukuh. Contoh orang2 yang membuat keputusan kukuh adalah leader2 MLM yang income mereka mencecah 6 ke 7 angka SEBULAN. Mereka adalah orang yang benar2 telah buat keputusan untuk berjaya dalam MLM. Mereka buat MLM Full Time. Ini adalah antara ciri2 leader MLM yang berjaya.

Ada juga yang cuba untuk menyelam sambil minum air, buat 5 bisnes MLM serentak. Tak dinafikan memang ada yang berjaya buat income, tetapi jika dijumlahkan income 5 bisnes MLM tersebut, pun masih tidak sama dengan Income dari satu bisnes MLM oleh leader2 yang buat keputusan yang kukuh. Jika keputusan anda kukuh, anda perlu fokus. FOKUS adalah perkara yang penting untuk berjaya dalam apa jua bidang. Jika anda fokus, itu maknanya keputusan anda memang kukuh.

Bila keputusan kukuh, pasti banyak halangan dan dugaan yang datang. Saudara-mara, kawan-kawan, kenalan, mungkin ada yang bagi kata2 yang sangat kurang memberangsangkan anda. Jika keputusan kukuh, anda hanya pandang ke depan (MATLAMAT ANDA), yang lain anda tolakkan ke tepi. Mereka akan letih dengan mulut mereka, tetapi anda masih tetap dengan keputusan anda. Buatlah keputusan anda sekarang juga!!! Selepas itu, belajar bisnes ini, dan laksanakan.



Mubin Abdurrahman (019-6464707,thegreatfortune@yahoo.com)

Shah Khan dan Monavie

Tuesday, June 1, 2010

Shah Khan adalah seorang leader dan speaker yang telah berjaya dalam industri Network Marketing. Beliau adalah upline saya dalam bisnes Monavie. Beliau biasa memberi ceramah motivasi di seluruh dunia bagaimana untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang kita ceburi. Beliau pernah dibayar RM 19,000 untuk ceramah selama 1 jam setengah. Shah Khan adalah seorang jutawan sebelum beliau menceburi bidang Network Marketing. Beliau juga pernah menjadi YB sebanyak 2 kali, bukan Yang Berhormat, tetapi Yang Bankrap. Sebelum ini, beliau merupakan seorang yang aktif dalam bursa saham dan mempunyai bisnes restorannya sendiri.

Sebelum Monavie, Shah Khan telah menyertai 5 syarikat MLM lain dan telah berjaya memecah rekod dalam syarikat2 tersebut. Syarikat terbaru sebelum Monavie, adalah Xango, iaitu syarikat dari USA yang pertama memasarkan jus manggis ke pasaran dunia. Beliau telah mendapat anugerah XANGO LEGEND kerana network beliau berkembang dengan pantas, mencecah lebih kurang 10,000 orang dalam masa lebih kurang setahun lebih. Saya sempat bersama beliau dalam syarikat Xango selama lebih kurang sebulan dan mendengar ceramah beliau sekali atau 2 kali berkenaan peluang bisnes Xango.

Pada masa itu (Jun 2008), income beliau adalah sekitar RM 80,000 sebulan dan downline beliau berjumlah lebih kurang 14,000 orang. Apabila saya terdengar berita bahawa beliau akan berpindah ke syarikat Monavie, saya berasa terkejut dan tidak faham (dan sedih, kerana tak sempat belajar dari beliau), mengapa perlu berpindah syarikat? Income dah besar, syarikat bagus, produk jus manggis memang berkesan, kenapa ya? Memang tak faham. Saya tak faham sebab, Xango adalah syarikat pertama saya dalam bidang MLM. Bagi saya pada masa itu, Xango adalah THE BEST COMPANY in the world, tapi saya silap.

Itu hanyalah tanggapan saya semata-mata. Ok, we leave it at that. Pada hujung bulan Jun 2008, setelah lebih kurang 2 tahun dalam syarikat Xango, beliau telah memulakan semula bisnes MLM di syarikat Monavie from zero!!! What a Hero we have here!! We didn't see what he see. Dari 3 orang, downline beliau dalam syarikat Monavie telah berjumlah lebih 30,000 orang dalam masa tak sampai 2 tahun. Beliau kini berpangkat Hawaiian Blue Diamond, yang mana beliau capai dalam masa lebih kurang 1 tahun 10 bulan ( July 08 - April 10). Income beliau adalah sekitar RM 200,000 sebulan, dan bertambah setiap bulan.

             Shah Khan and Zizi Khan with Monavie Founder, Dallin Larsen during Monavie Malaysia Grand Launch

Congratulation to Shah and Zizi Khan for qualifying as a New Hawaiian Blue Diamond. Shah Khan telah bekerja keras untuk membantu group beliau untuk berjaya dalam Monavie. Shah Khan mempunyai matlamat untuk mencapai pangkat Crowne Black Diamond pada tahun 2011 (next year). Pada 23 Jun ini seramai 25 pasangan dari group beliau yang berpangkat Ruby Executive dan ke atas telah melayakkan diri untuk trip ke USA sempena Monavie Convention beserta percutian yang ditaja sepenuhnya oleh Monavie. Saksikan Shah Khan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia ditemubual mengenai industri perniagaan rangkaian.

                             

Shah Khan, " Matlamat saya, di atas bumi ini, insyaAllah saya ingin melahirkan 500 orang Jutawan ".

Minumlah jus Monavie untuk tubuh badan yang lebih sihat dan tenaga yang mantap. Harga ahli untuk Monavie Original adalah RM 102, manakala Monavie Pulse pula adalah RM 111. Monavie Active akan masuk ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat (harga dari Singapura RM 130). Harga-harga di atas adalah termasuk kos penghantaran ke rumah.
 
Mubin Abdurrahman (019-6464707,thegreatfortune@yahoo.com)