Dallin Larsen ni adalah orang yang bertanggungjawab atas kemunculan monavie. Monavie maksudnya " the tree of life ". Falsafah disebaliknya, pandai-pandailah korang fikirkan sendiri. Dallin Larsen kata, sejak kecil lagi dia telah dilatih oleh parent dia untuk hidup sebagai enterpreneur. Dia masuk Universiti pun guna duit hasil jual 'shaved ice' atau air batu campur. Baru ni masa Grand Launch Monavie Malaysia, dia bagi speech, mmg pandai ckp, maklumla, selalu kena bagi speech bila ada function. Dia bagitau kisah hidup dia, very interesting,
" Sejak dari habis belajar dari Universiti, banyak kerja saya buat. Tahun 1988, kawan saya ajak saya jadi distributor untuk satu syarikat MLM, NuSkin. Dia ni kawan baik saya sejak dari kecil lagi, nama dia Randy Schroeder. Kami membesar bersama. Saya join dan bermulalah kerjaya saya sebagai seorang networker. Saya taklah berjaya sangat, tapi saya dapat belajar banyak benda dari industri network marketing ni. Antaranya adalah untuk berjaya dalam bisnes, manusia merupakan faktor yang penting. Kebanyakan kejayaan bisnes adalah disebabkan hubungan antara manusia.
Kemudian pada tahun 1991-2000, saya dipanggil oleh board syarikat USANA, untuk jadi salah seorang dari senior eksekutif dan board of director. Saya bertanggungjawab dalam bahagian jualan. Kami berjaya menghasilkan jualan lebih USD 100 million setahun, dalam tempoh tersebut. Kemudian saya join satu syarikat lain sebagai eksekutif juga, tapi saya quit dan saya buat syarikat sendiri, Monarch Health Sciences.
Saya, adik saya, Randy Larsen dan juga kawan baik saya Henry Marsh, ahli sukan Olimpik sebanyak 4 kali, kami tiga orang berjaya kumpul dana sebanyak USD 2 juta. Kami cuba menghasilkan produk berasaskan diet, tetapi tidak berjaya dan hampir bankrap. Saya selalu buat lawak, ia tidak berjaya kerana saya pendek dan gemuk (tak sesuai jual produk diet). Kemudian ada kawan bagitau tentang buah acai beri yang banyak khasiat dan salah satu dari super food. Saya buat sedikit research kat Google, dan saya berpuas hati. Kami suruh ahli sains kami untuk menghasilkan Jus Monavie.
Tak lama sebelum tu, saya jumpa isteri saya, Carrie. Masa tu Carrie ada empat orang anak, saya pun ada empat orang anak. Kami dating selama 4 bulan, kemudian Carrie tanya saya, " Now what, are you going to marry me or not?". Kami kahwin, dan 2 bulan kemudian saya melancarkan syarikat Monavie. Kami ada banyak masalah. Saya mintak tolong pada tuhan, tuhan tolong saya, dan saya berjanji untuk tolong orang lain. Dalam keadaan kami yang perlu menyara 8 orang anak, kami ambil pinjaman yang kedua untuk start syarikat Monavie.
Kami bersama beberapa orang distributor yang percaya kepada kami memulakan syarikat ini. Saya ajak adik-beradik saya untuk join saya, tetapi mereka tidak berminat, kecuali adik perempuan saya yang ada masalah kewangan. Sekarang ni dia buat lebih USD 1 JUTA setahun. Semasa first meeting, seramai 500 orang berikrar untuk bersama syarikat Monavie. Guess what? Lepas 30 hari, hanya 10 orang sahaja yang tinggal. Tetapi dari 10 orang inilah syarikat ini berkembang sehingga ke 14 negara pada hari ini dengan pengedar seramai lebih 2 juta orang. Dari 10 orang inilah syarikat kami mencapai jualan USD 2.1 BILION dalam masa 5 tahun.
Ada orang kata, ' Leaders never quit '. Bagi saya ini tidak betul. Leaders do quit to find the best opportunity. Dan ' success comes with a price '. Saya mengajak anda untuk join kami dalam pergerakan Monavie. Dan jika anda tidak berpuas hati, anda boleh buat bisnes di syarikat lain, dan kami tetap bayar anda. "
Begitulah lebih kurang Dallin Larsen punya speech. Saya rasa terharu masa dia bagi speech. Monavie adalah syarikat pertama yang mengadakan open door policy. Maksudnya, anda boleh join Monavie, dan buat bisnes. Sekiranya anda tidak berpuas hati, anda boleh buat MLM lain, dan Monavie still pay you. Hehehe...congrats Monavie, congrats Dallin Larsen, congrats to Me!
Antara kata-kata Dallin Larsen adalah
" God first, family second, Monavie third ",
" My goal is not for Monavie to be the BEST COMPANY IN the world, but THE BEST COMPANY FOR the world "
Saksikan Dallin Larsen semasa menerima anugerah dari Ernst & Young Enterpreneur Award,
Esok, hari Selasa di K Klub, Taman Melawati ada Monavie Business Preview. Start pukul 8.45mlm sampai 11.00mlm. Full House! Jom datang, dengar dan daftar...
Mubin Abdurrahman (019-6464707,thegreatfortune@yahoo.com)
Dallin Larsen dan Monavie
Monday, May 17, 2010
Posted by
Mubin Abdurrahman
at
10:11 PM
0
comments
Labels: ahli Monavie, Business Preview, Dallin Larsen, Grand Launch Monavie, network marketing, USANA
Monavie and Malaysia Grand Launch
Sunday, May 2, 2010
Tanggal 17 April 2010 yang lepas adalah hari yang bersejarah untuk Malaysia dan Monavie kerana dengan rasminya Monavie telah bertapak di pasaran Malaysia. Malaysia adalah negara yang bertuah, kerana Ofis Monavie Malaysia bertaraf 5 bintang walaupun Monavie baru masuk. Di Jepun, selepas 3 tahun di pasaran, barulah Monavie buka ofis secara rasmi, manakala di Singapura walaupun telah 4 tahun di pasaran, masih lagi belum ada ofis. Mereka beli secara online dan Monavie akan terus hantar produk ke rumah.
Walaupun Monavie baru dilancarkan di Malaysia, tetapi bisnes Monavie di Malaysia telah bermula sejak lebih 3 tahun yang lepas melalui Singapura. Banyak pengorbanan telah dilakukan oleh leader2 untuk membawa Monavie masuk ke Malaysia. Beratus-ratus orang berpangkat Bronze telah naik ke pentas dan diberi penghargaan oleh Pengasas Monavie sendiri Dallin Larsen diikuti oleh Silver, Gold dan Ruby. Kemudian diikuti pula oleh beberapa pengedar berpangkat Emerald, 2 orang berpangkat Diamond, 2 orang Blue Diamond dan seorang Hawaiian Blue Diamond. Purata income Blue Diamond adalah RM 104,000 SEBULAN.
Lebih 3,000 orang hadir di Sunway Convention Center, termasuklah pengedar2 dari Australia, Singapura, Indonesia, Hong Kong, dan lain-lain negara, termasuk juga leader2 Black Diamond dari USA. Upline saya dari US iaitu Onyx Coale (Royal Black Diamond) dan Steve dan Gina Merrit (Crowne Black Diamond) turut hadir dan memberikan tip2 untuk membina bisnes Monavie. Monavie Malaysia telah dirasmikan oleh CEO Dallin Larsen sendiri dan Deputy Secretary of General Domestic Trade Y.B. Dato' Daud bin Tahir, melalui pukulan gong beberapa kali. Welcome to Malaysia, Monavie!
Pukulan gong perasmian Monavie Malaysia
Onyx Coale (kiri belakang) dan Steve Merrit (speaking)
Ruby Executive
Emerald Executive
Our Group Leader, Shah Khan, Blue Diamond Executive
Jus Monavie Original dan Jus Monavie Pulse percuma!
Jus Monavie, lazat dan berkhasiat...
Dallin Larsen mempengerusikan sendiri majlis perasmian Monavie Malaysia dan memberikan ucapannya yang penuh dengan harapan dan harapan lagi, kisah hidupnya dan Monavie, for me, really a very good speaker. Next time ok, for Dallin Larsen and Monavie story. Very exciting one.
Mubin Abdurrahman (019-6464707,thegreatfortune@yahoo.com)
Posted by
Mubin Abdurrahman
at
12:56 PM
0
comments
Labels: Blue Diamond, Dallin Larsen, Grand Launch Monavie, jus Monavie Original, jus Monavie percuma, Jus Monavie Pulse, Monavie Malaysia, Shah Khan
Monavie dan Grand Launch Malaysia
Wednesday, March 17, 2010
Grand Launch untuk pasaran Malaysia akan diadakan di Sunway Convention Centre di Kuala Lumpur. Berikut adalah butir-butir mengenai Malaysia Grand Opening:
Tarikh : 17 April 2010, Saturday
Tempat : Sunway Convention Centre, Kuala Lumpur
Tiket : RM 60 until Monday, 22nd March, RM 80 after 22nd March
Masa : 1:00p.m.-5:30p.m.
CEO, Founder dan Presiden Monavie akan mengetuai upacara pembukaan yang gilang-gemilang ini. Malaysia Grand Opening memberi peluang kepada anda untuk berinteraksi dengan top leaders dari Monavie dan orang-orang yang telah berjaya dalam industri network marketing. Tiket adalah terhad untuk lebih kurang 3500 peserta. Antara acara yang diadakan adalah penghargaan kepada pengedar-pengedar yang telah berjaya mencapai pangkat dan juga lucky draw. Tidak lupa juga jus Monavie percuma!!! Saksikan Grand Opening Japan pada Februari tahun lepas.
Dapatkan tiket anda sekarang juga!!!
Mubin Abdurrahman (019-6464707,thegreatfortune@yahoo.com)
Posted by
Mubin Abdurrahman
at
1:19 AM
0
comments
Labels: Grand Launch Monavie, jus Monavie percuma, lucky draw, Monavie Malaysia, tiket Monavie, top leaders









