Showing posts with label network marketing. Show all posts
Showing posts with label network marketing. Show all posts

Selamat Datang ke Peluang Bisnes Monavie!!!

Thursday, February 19, 2015

Selamat datang ke blog saya! Laman ini direka bertujuan untuk berkongsi peluang bisnes Monavie dan jus Monavie yang boleh membantu kewangan dan kesihatan anda seisi keluarga. Melalui bisnes Monavie, anda berpeluang untuk menjana passive income dan pendapatan yang lumayan dengan DUA syarat mudah iaitu sabar dan istiqomah. Jika anda kerja makan gaji, anda boleh hidup selesa, tetapi tidak jadi kaya. Jika anda ingin jadi kaya, anda perlu memiliki bisnes. Dalam bisnes konvensional, anda perlu modal yang besar, pengalaman yang banyak, ada banyak risiko dan masalah overhead. Saya ingin perkenalkan kepada anda satu bisnes yang dipanggil network marketing.

SILA ISI BORANG DI BAWAH UNTUK SEBARANG PERTANYAAN:



Nama:

Email:
No
Telefon:
Mesej:

Mubin Abdurrahman (019-6464707, thegreatfortune@yahoo.com)

Network Marketing & Prosumer

Friday, July 2, 2010

Hari ni 2 Julai 2010...sudah separuh tahun berlalu. Pencapaian? Jawab sendiri. Nak cerita sedikit tentang network marketing atau direct selling. Dahulunya dikenali sebagai direct selling, sekarang lebih dikenali dengan nama MLM atau Multilevel Marketing atau Network Marketing. Direct selling dahulu kita perlu beli barang dan jual barang. Itu dikira zaman batu, mengikut kata upline saya. Sekarang ini MLM kita tak perlu jual barang, bukan tak boleh, TAK PERLU. Of course kalau boleh jual lagi bagus, boleh dapat untung lagi banyak.

Jika saya tanya anda, pernah tak anda join network marketing atau dalam kata mudahnya masuk MLM? Saya percaya kebanyakannya pernah, tapi mungkin ada yang tidak pernah. Tetapi jika saya tanya anda pernah tak anda recommend produk yang bagus kepada kawan2 anda? Saya percaya semua orang pernah recommend benda2 bagus kepada kawan2 atau saudara-mara.

Pernah tak anda recommend workshop yang bagus kepada kawan2?
Pernah tak recommend movie yang best kepada kawan2?
Pernah tak recommend restoran yang masakannya sedap kepada saudara-mara?
Tentu pernah...banyak kali....selalu...

Tetapi anda tidak dibayar. Anda recommend tetapi anda tidak dibayar!! Takpelah.... takda masalah pun recommend benda yang baik. Tetapi bagaimana kalau anda recommend dan anda dibayar dengan bayaran yang sangat lumayan. Inilah network marketing atau MLM. Anda guna produk, jika bagus anda jadi ahli dan recommend...anda dapat duit...LUMAYAN. Anda dipanggil prosumer atau pengguna bijak.

Mungkin ramai orang yang benci MLM atau tak berapa nak suka dengan industri ini. Sebabnya.... Many Lost Money!!! MLM sebenarnya adalah industri yang bagus, tetapi nama MLM telah dirosakkan oleh orang2 yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan platform MLM untuk menipu orang ramai. Ada juga MLM yang memerlukan front loading atau duit pendahuluan yang besar untuk menyertainya. Kalau anda memang boleh buat takda masalah. Yang jadi masalah bila ANDA INGAT ANDA BOLEH BUAT! Tengok orang lain buat macam senang, income 5 angka, 6 angka, 7 angka sebulan. Join program sampai puluh2 ribu, ajak orang semua taknak masuk, terus mati syahid dalam MLM...

Kebanyakannya hendak buat duit cepat, tapi takda sabar dan istiqomah!! Persistence and patient!! Dalam Monavie, mengikut kata upline saya... kalau anda pergi business talk Monavie, Shah Khan bagitau, kalau anda nak berjaya dalam bisnes ini, saya bagi 2 syarat. SABAR DAN ISTIQOMAH!!!  Dalam masa 2 tahun anda boleh jadi JUTAWAN. Kalau nak jadi jutawan dalam masa 2 bulan, sila cari company lain.

Bila anda join bisnes ini, ada 3 perkara anda perlu buat:
1. KEPUTUSAN KUKUH
2. BELAJAR BISNES INI
3. LAKSANAKAN

Untuk join bisnes Monavie, yang terbaik adalah package 3 kotak (RM 1169). Kalau tak mampu, 2 kotak (RM 790), atau paling rendah 1 kotak iaitu RM 505 (Harga untuk jus Monavie Pulse). Kalau tak mampu juga, don't dream anymore, you cannot become rich...Monavie on the Move.

" Minumlah jus acai beri Monavie untuk sihat dan kuat "

Mubin Abdurrahman (019-6464707,thegreatfortune@yahoo.com)

Shah Khan dan Monavie

Tuesday, June 1, 2010

Shah Khan adalah seorang leader dan speaker yang telah berjaya dalam industri Network Marketing. Beliau adalah upline saya dalam bisnes Monavie. Beliau biasa memberi ceramah motivasi di seluruh dunia bagaimana untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang kita ceburi. Beliau pernah dibayar RM 19,000 untuk ceramah selama 1 jam setengah. Shah Khan adalah seorang jutawan sebelum beliau menceburi bidang Network Marketing. Beliau juga pernah menjadi YB sebanyak 2 kali, bukan Yang Berhormat, tetapi Yang Bankrap. Sebelum ini, beliau merupakan seorang yang aktif dalam bursa saham dan mempunyai bisnes restorannya sendiri.

Sebelum Monavie, Shah Khan telah menyertai 5 syarikat MLM lain dan telah berjaya memecah rekod dalam syarikat2 tersebut. Syarikat terbaru sebelum Monavie, adalah Xango, iaitu syarikat dari USA yang pertama memasarkan jus manggis ke pasaran dunia. Beliau telah mendapat anugerah XANGO LEGEND kerana network beliau berkembang dengan pantas, mencecah lebih kurang 10,000 orang dalam masa lebih kurang setahun lebih. Saya sempat bersama beliau dalam syarikat Xango selama lebih kurang sebulan dan mendengar ceramah beliau sekali atau 2 kali berkenaan peluang bisnes Xango.

Pada masa itu (Jun 2008), income beliau adalah sekitar RM 80,000 sebulan dan downline beliau berjumlah lebih kurang 14,000 orang. Apabila saya terdengar berita bahawa beliau akan berpindah ke syarikat Monavie, saya berasa terkejut dan tidak faham (dan sedih, kerana tak sempat belajar dari beliau), mengapa perlu berpindah syarikat? Income dah besar, syarikat bagus, produk jus manggis memang berkesan, kenapa ya? Memang tak faham. Saya tak faham sebab, Xango adalah syarikat pertama saya dalam bidang MLM. Bagi saya pada masa itu, Xango adalah THE BEST COMPANY in the world, tapi saya silap.

Itu hanyalah tanggapan saya semata-mata. Ok, we leave it at that. Pada hujung bulan Jun 2008, setelah lebih kurang 2 tahun dalam syarikat Xango, beliau telah memulakan semula bisnes MLM di syarikat Monavie from zero!!! What a Hero we have here!! We didn't see what he see. Dari 3 orang, downline beliau dalam syarikat Monavie telah berjumlah lebih 30,000 orang dalam masa tak sampai 2 tahun. Beliau kini berpangkat Hawaiian Blue Diamond, yang mana beliau capai dalam masa lebih kurang 1 tahun 10 bulan ( July 08 - April 10). Income beliau adalah sekitar RM 200,000 sebulan, dan bertambah setiap bulan.

             Shah Khan and Zizi Khan with Monavie Founder, Dallin Larsen during Monavie Malaysia Grand Launch

Congratulation to Shah and Zizi Khan for qualifying as a New Hawaiian Blue Diamond. Shah Khan telah bekerja keras untuk membantu group beliau untuk berjaya dalam Monavie. Shah Khan mempunyai matlamat untuk mencapai pangkat Crowne Black Diamond pada tahun 2011 (next year). Pada 23 Jun ini seramai 25 pasangan dari group beliau yang berpangkat Ruby Executive dan ke atas telah melayakkan diri untuk trip ke USA sempena Monavie Convention beserta percutian yang ditaja sepenuhnya oleh Monavie. Saksikan Shah Khan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia ditemubual mengenai industri perniagaan rangkaian.

                             

Shah Khan, " Matlamat saya, di atas bumi ini, insyaAllah saya ingin melahirkan 500 orang Jutawan ".

Minumlah jus Monavie untuk tubuh badan yang lebih sihat dan tenaga yang mantap. Harga ahli untuk Monavie Original adalah RM 102, manakala Monavie Pulse pula adalah RM 111. Monavie Active akan masuk ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat (harga dari Singapura RM 130). Harga-harga di atas adalah termasuk kos penghantaran ke rumah.
 
Mubin Abdurrahman (019-6464707,thegreatfortune@yahoo.com)

Dallin Larsen dan Monavie

Monday, May 17, 2010

Dallin Larsen ni adalah orang yang bertanggungjawab atas kemunculan monavie. Monavie maksudnya " the tree of life ". Falsafah disebaliknya, pandai-pandailah korang fikirkan sendiri. Dallin Larsen kata, sejak kecil lagi dia telah dilatih oleh parent dia untuk hidup sebagai enterpreneur. Dia masuk Universiti pun guna duit hasil jual 'shaved ice' atau air batu campur. Baru ni masa Grand Launch Monavie Malaysia, dia bagi speech, mmg pandai ckp, maklumla, selalu kena bagi speech bila ada function. Dia bagitau kisah hidup dia, very interesting,

    " Sejak dari habis belajar dari Universiti, banyak kerja saya buat. Tahun 1988, kawan saya ajak saya jadi distributor untuk satu syarikat MLM, NuSkin. Dia ni kawan baik saya sejak dari kecil lagi, nama dia Randy Schroeder. Kami membesar bersama. Saya join dan bermulalah kerjaya saya sebagai seorang networker. Saya taklah berjaya sangat, tapi saya dapat belajar banyak benda dari industri network marketing ni. Antaranya adalah untuk berjaya dalam bisnes, manusia merupakan faktor yang penting. Kebanyakan kejayaan bisnes adalah disebabkan hubungan antara manusia.
     Kemudian pada tahun 1991-2000, saya dipanggil oleh board syarikat USANA, untuk jadi salah seorang dari senior eksekutif dan board of director. Saya bertanggungjawab dalam bahagian jualan. Kami berjaya menghasilkan jualan lebih USD 100 million setahun, dalam tempoh tersebut. Kemudian saya join satu syarikat lain sebagai eksekutif juga, tapi saya quit dan saya buat syarikat sendiri, Monarch Health Sciences.
     Saya, adik saya, Randy Larsen dan juga kawan baik saya Henry Marsh, ahli sukan Olimpik sebanyak 4 kali, kami tiga orang berjaya kumpul dana sebanyak USD 2 juta. Kami cuba menghasilkan produk berasaskan diet, tetapi tidak berjaya dan hampir bankrap. Saya selalu buat lawak, ia tidak berjaya kerana saya pendek dan gemuk (tak sesuai jual produk diet). Kemudian ada kawan bagitau tentang buah acai beri yang banyak khasiat dan salah satu dari super food. Saya buat sedikit research kat Google, dan saya berpuas hati. Kami suruh ahli sains kami untuk menghasilkan Jus Monavie.
     Tak lama sebelum tu, saya jumpa isteri saya, Carrie. Masa tu Carrie ada empat orang anak, saya pun ada empat orang anak. Kami dating selama 4 bulan, kemudian Carrie tanya saya, " Now what, are you going to marry me or not?". Kami kahwin, dan 2 bulan kemudian saya melancarkan syarikat Monavie. Kami ada banyak masalah. Saya mintak tolong pada tuhan, tuhan tolong saya, dan saya berjanji untuk tolong orang lain. Dalam keadaan kami yang perlu menyara 8 orang anak, kami ambil pinjaman yang kedua untuk start syarikat Monavie.
      Kami bersama beberapa orang distributor yang percaya kepada kami memulakan syarikat ini. Saya ajak adik-beradik saya untuk join saya, tetapi mereka tidak berminat, kecuali adik perempuan saya yang ada masalah kewangan. Sekarang ni dia buat lebih USD 1 JUTA setahun. Semasa first meeting, seramai 500 orang berikrar untuk bersama syarikat Monavie. Guess what? Lepas 30 hari, hanya 10 orang sahaja yang tinggal. Tetapi dari 10 orang inilah syarikat ini berkembang sehingga ke 14 negara pada hari ini dengan pengedar seramai lebih 2 juta orang. Dari 10 orang inilah syarikat kami mencapai jualan USD 2.1 BILION dalam masa 5 tahun.
     Ada orang kata, ' Leaders never quit '. Bagi saya ini tidak betul. Leaders do quit to find the best opportunity. Dan ' success comes with a price '. Saya mengajak anda untuk join kami dalam pergerakan Monavie. Dan jika anda tidak berpuas hati, anda boleh buat bisnes di syarikat lain, dan kami tetap bayar anda. "

Begitulah lebih kurang Dallin Larsen punya speech. Saya rasa terharu masa dia bagi speech. Monavie adalah syarikat pertama yang mengadakan open door policy. Maksudnya, anda boleh join Monavie, dan buat bisnes. Sekiranya anda tidak berpuas hati, anda boleh buat MLM lain, dan Monavie still pay you. Hehehe...congrats Monavie, congrats Dallin Larsen, congrats to Me!

Antara kata-kata Dallin Larsen adalah
   " God first, family second, Monavie third ",
   " My goal is not for Monavie to be the BEST COMPANY IN the world, but THE BEST COMPANY FOR the world "
Saksikan Dallin Larsen semasa menerima anugerah dari Ernst & Young Enterpreneur Award,

                          

Esok, hari Selasa di K Klub, Taman Melawati ada Monavie Business Preview. Start pukul 8.45mlm sampai 11.00mlm. Full House! Jom datang, dengar dan daftar...

Mubin Abdurrahman (019-6464707,thegreatfortune@yahoo.com)

Monavie and Revenue

Tuesday, April 13, 2010

Monavie LLC adalah syarikat Network Marketing yang diasaskan pada Januari 2005. Kini setelah 5 tahun dilancarkan, Monavie adalah syarikat Network Marketing terpantas di dunia dari segi revenue, dengan jualan melebihi RM 7 BILION, dalam masa 5 tahun. Monavie memasarkan produk suplemen berasaskan super fruit acai beri dan 18 buah-buahan berkhasiat yang lain.

Pada tahun ia dilancarkan, jualan syarikat Monavie adalah USD 14.3 JUTA (2005), dan pada tahun 2008, 4 tahun selepas ia dilancarkan jualannya mencecah USD 854.9 JUTA, iaitu pertumbuhan sebanyak 5,883%. No other MLM company have ever done this before! Pada tahun lepas pula (2009), jualan syarikat Monavie adalah USD 900 JUTA, mengikut data yang dikeluarkan dari website www.businessforhome.org.

Mengikut data yang dikeluarkan dari Inc. 500, majalah kewangan dari USA, Monavie berada di ranking NO. 1 dalam kategori Food and Beverage. Pengedar Monavie kini berjumlah lebih 2 juta orang, berada di 14 buah negara, dan Malaysia adalah negara yang ke 13. Lebih kurang 3000 orang pengedar menyertai peluang bisnes Monavie setiap hari! Pelancaran yang gilang-gemilang Monavie Malaysia akan diadakan 4 hari lagi, iaitu pada hari Sabtu ini, 17 April 2010 dari jam 1.00p.m hingga 6p.m. 3400 telah habis dijual, dan baki tiket hanya tinggal lebih kurang 100 sahaja lagi. Berikut adalah ranking Monavie pada tahun 2008, diambil dari businessforhome.org:


Berikut pula adalah data terbaru yang saya dapat dari email, juga dari website yang sama.


Anda dapat perhatikan di sini, semua syarikat yang berada di atas Monavie, berusia lebih 10 tahun, manakala Monavie baru 5 tahun dilancarkan. Pada hari Sabtu ini, Monavie akan membekalkan sebanyak 700 botol jus Monavie percuma, untuk diminum oleh tetamu yang hadir. Jumpa anda di sana!

Mubin Abdurrahman (019-6464707,thegreatfortune@yahoo.com)

MLM dan Top Income Earner

Tuesday, April 6, 2010

Mengikut data yang diambil dari www.businessforhome.org, top income earner dalam industri network marketing adalah Brig Hart, dari USA. Sebelum menyertai Monavie, Brig Hart adalah Double Diamond di Syarikat Amway dari group Dexter Yager. Income beliau sebulan adalah USD 950,000 atau RM 3.04 JUTA. Brig Hart berpangkat Double Crowne Black Diamond, satu lagi tangga sebelum mencapai pangkat tertinggi dalam syarikat Monavie, Triple Crowne Black Diamond.

Antara reward yang telah diterima oleh Brig Hart adalah;
1. SL 550 Black Mercedes untuk pangkat Black Diamond
2. Percutian mewah di serata dunia
3. Peluang menaiki jet peribadi Monavie percuma
4. USD 100,000 untuk pangkat Royal Black Diamond
5. USD 300,000 untuk pangkat Presidential Black Diamond
6. USD 600,000 untuk pangkat Imperial Black Diamond
7. USD 1,000,000 untuk pangkat Crowne Black Diamond
8. USD 2,000,000 untuk pangkat Double Crowne Black Diamond

dan tidak lupa juga kereta mewah yang ditempah khas, LAMBORGHINI untuk pangkat Crowne Black Diamond.

                                                         Brig Hart and family with Lamborghini

Brig Hart mencapai pangkat Crowne Black Diamond dalam masa 3 tahun lebih. Syarikat Monavie baru berusia 5 tahun sejak ia dilancarkan pada Januari 2005 dan baru masuk ke pasaran Malaysia pada 1 Mac 2010 yang lepas. Apa pendapat anda tentang Monavie? Jika anda capai pangkat Crowne Black Diamond dalam masa 10 tahun atau Black Diamond dalam masa 5 tahun, adakah ianya berbaloi? Purata income Black Diamond adalah lebih kurang USD 130,000 SEBULAN atau RM 416,000 SEBULAN! Sekarang ini terdapat lebih dari 85 orang Black Diamond dalam syarikat Monavie! Join us in Monavie.

                            

Grand Launch Monavie Malaysia adalah pada 17 April ini. Dapatkan tiket anda sekarang!

Mubin Abdurrahman (019-6464707,thegreatfortune@yahoo.com)

Onyx Coale dan Monavie

Wednesday, February 24, 2010

Semalam, 23 Feb 2010, upline saya yang keempat dalam bisnes Monavie iaitu Onyx Coale (Royal Black Diamond), seorang suri rumah, telah datang ke Malaysia. Kisah Onyx Coale amat menarik. Sebelum beliau menyertai Monavie, beliau langsung tidak ada pengalaman dalam network marketing. Onyx sebenarnya tidak perlu buat Monavie kerana beliau adalah seorang jutawan. Upline Onyx iaitu Steve dan Gina Merrit (Crown Black Diamond) memberinya sebotol jus Monavie dan mengajaknya untuk datang meeting. Pada mulanya, Onyx dan suami langsung tidak berminat untuk dengar tentang Monavie kerana mereka memang sudah jutawan dan seperti sesetengah orang, mereka ada mendengar berita-berita kurang baik tentang network marketing.
Pada waktu tersebut, Steve dan Gina Merrit bekerja untuk Onyx dan keluarga. Disebabkan Steve dan Gina Merrit tidak berputus asa, akhirnya Onyx dan suami pun mengalah dan Onyx hadir ke meeting buat kali pertama tanpa membawa buku cek (datang dengan niat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri). Hehe, manusia merancang, Tuhan jua yang menentukan. Selepas mendengar peluang bisnes Monavie, Onyx berubah fikiran. Onyx join Monavie lebih kurang setahun selepas ia dilancarkan.
Dan semestinya, ramai dari ahli keluarganya dan kawan-kawannya yang tidak setuju dan menyindirnya. Onyx kata, " Saya guna teropong binokular untuk tetapkan matlamat menjadi Gold Distributor. Kemudian Ruby, Blue Diamond dan Black Diamond." Onyx kata, beliau hanya prospek 2 orang setiap hari untuk bisnes Monavie, tetapi dengan konsisten tanpa henti.
Hasilnya, selepas 4 tahun, Onyx mencapai pangkat Royal Black Diamond dengan income lebih kurang RM 1juta SEBULAN!!! Dan lebih kurang 350,000 orang downline di seluruh dunia. Wow, very very interesting!!
Esok, 24 Feb 2010 jam 8.00 hingga 11.00 malam, Onyx akan mengadakan intensive training di K Klub Taman Melawati. Tiket masuk berharga RM 15 hanya untuk 250 orang terawal sahaja!!! Jom belajar bisnes Monavie.

 
Onyx Coale, Shah Khan and Family

Tetamu yang hadir lebih kurang 800 orang termasuk dari Singapura dan Australia. Monavie akan dilancarkan secara rasminya pada 17 April 2010 di Sunway Convention Center. Ofis Monavie Malaysia bertempat di Bangunan UOA, Bangsar. Produk boleh dibeli di Ofis Bangsar bermula bulan April nanti. Jom bisnes Monavie!!!

Mubin Abdurrahman (019-6464707,thegreatfortune@yahoo.com)