Dallin Larsen ni adalah orang yang bertanggungjawab atas kemunculan monavie. Monavie maksudnya " the tree of life ". Falsafah disebaliknya, pandai-pandailah korang fikirkan sendiri. Dallin Larsen kata, sejak kecil lagi dia telah dilatih oleh parent dia untuk hidup sebagai enterpreneur. Dia masuk Universiti pun guna duit hasil jual 'shaved ice' atau air batu campur. Baru ni masa Grand Launch Monavie Malaysia, dia bagi speech, mmg pandai ckp, maklumla, selalu kena bagi speech bila ada function. Dia bagitau kisah hidup dia, very interesting,
" Sejak dari habis belajar dari Universiti, banyak kerja saya buat. Tahun 1988, kawan saya ajak saya jadi distributor untuk satu syarikat MLM, NuSkin. Dia ni kawan baik saya sejak dari kecil lagi, nama dia Randy Schroeder. Kami membesar bersama. Saya join dan bermulalah kerjaya saya sebagai seorang networker. Saya taklah berjaya sangat, tapi saya dapat belajar banyak benda dari industri network marketing ni. Antaranya adalah untuk berjaya dalam bisnes, manusia merupakan faktor yang penting. Kebanyakan kejayaan bisnes adalah disebabkan hubungan antara manusia.
Kemudian pada tahun 1991-2000, saya dipanggil oleh board syarikat USANA, untuk jadi salah seorang dari senior eksekutif dan board of director. Saya bertanggungjawab dalam bahagian jualan. Kami berjaya menghasilkan jualan lebih USD 100 million setahun, dalam tempoh tersebut. Kemudian saya join satu syarikat lain sebagai eksekutif juga, tapi saya quit dan saya buat syarikat sendiri, Monarch Health Sciences.
Saya, adik saya, Randy Larsen dan juga kawan baik saya Henry Marsh, ahli sukan Olimpik sebanyak 4 kali, kami tiga orang berjaya kumpul dana sebanyak USD 2 juta. Kami cuba menghasilkan produk berasaskan diet, tetapi tidak berjaya dan hampir bankrap. Saya selalu buat lawak, ia tidak berjaya kerana saya pendek dan gemuk (tak sesuai jual produk diet). Kemudian ada kawan bagitau tentang buah acai beri yang banyak khasiat dan salah satu dari super food. Saya buat sedikit research kat Google, dan saya berpuas hati. Kami suruh ahli sains kami untuk menghasilkan Jus Monavie.
Tak lama sebelum tu, saya jumpa isteri saya, Carrie. Masa tu Carrie ada empat orang anak, saya pun ada empat orang anak. Kami dating selama 4 bulan, kemudian Carrie tanya saya, " Now what, are you going to marry me or not?". Kami kahwin, dan 2 bulan kemudian saya melancarkan syarikat Monavie. Kami ada banyak masalah. Saya mintak tolong pada tuhan, tuhan tolong saya, dan saya berjanji untuk tolong orang lain. Dalam keadaan kami yang perlu menyara 8 orang anak, kami ambil pinjaman yang kedua untuk start syarikat Monavie.
Kami bersama beberapa orang distributor yang percaya kepada kami memulakan syarikat ini. Saya ajak adik-beradik saya untuk join saya, tetapi mereka tidak berminat, kecuali adik perempuan saya yang ada masalah kewangan. Sekarang ni dia buat lebih USD 1 JUTA setahun. Semasa first meeting, seramai 500 orang berikrar untuk bersama syarikat Monavie. Guess what? Lepas 30 hari, hanya 10 orang sahaja yang tinggal. Tetapi dari 10 orang inilah syarikat ini berkembang sehingga ke 14 negara pada hari ini dengan pengedar seramai lebih 2 juta orang. Dari 10 orang inilah syarikat kami mencapai jualan USD 2.1 BILION dalam masa 5 tahun.
Ada orang kata, ' Leaders never quit '. Bagi saya ini tidak betul. Leaders do quit to find the best opportunity. Dan ' success comes with a price '. Saya mengajak anda untuk join kami dalam pergerakan Monavie. Dan jika anda tidak berpuas hati, anda boleh buat bisnes di syarikat lain, dan kami tetap bayar anda. "
Begitulah lebih kurang Dallin Larsen punya speech. Saya rasa terharu masa dia bagi speech. Monavie adalah syarikat pertama yang mengadakan open door policy. Maksudnya, anda boleh join Monavie, dan buat bisnes. Sekiranya anda tidak berpuas hati, anda boleh buat MLM lain, dan Monavie still pay you. Hehehe...congrats Monavie, congrats Dallin Larsen, congrats to Me!
Antara kata-kata Dallin Larsen adalah
" God first, family second, Monavie third ",
" My goal is not for Monavie to be the BEST COMPANY IN the world, but THE BEST COMPANY FOR the world "
Saksikan Dallin Larsen semasa menerima anugerah dari Ernst & Young Enterpreneur Award,
Esok, hari Selasa di K Klub, Taman Melawati ada Monavie Business Preview. Start pukul 8.45mlm sampai 11.00mlm. Full House! Jom datang, dengar dan daftar...
Mubin Abdurrahman (019-6464707,thegreatfortune@yahoo.com)
Dallin Larsen dan Monavie
Monday, May 17, 2010
Posted by Mubin Abdurrahman at 10:11 PM
Labels: ahli Monavie, Business Preview, Dallin Larsen, Grand Launch Monavie, network marketing, USANA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment