Decision, Learn & Action

Saturday, August 21, 2010

En Shah Khan bagitau untuk berjaya dalam apa jua bidang, ada 3 perkara kita perlu buat:
1. Keputusan kukuh (Decision)
2. Belajar (Learn)
3. Laksanakan (Action)

Kali pertama saya datang ke rumah beliau untuk belajar tentang bisnes Monavie beliau pesan kepada saya kalau nak berjaya dalam apa jua bisnes MLM, kena buat keputusan kukuh. Contoh yang terbaik adalah diri beliau sendiri. Beliau telah buat bisnes Xango selama 2 tahun, banyak keringat telah dicurahkan, tetapi apabila beliau buat keputusan untuk buat bisnes Monavie, beliau terus tinggalkan Xango walaupun income beliau telah mencecah RM 90,000 SEBULAN. Beliau kata kita perlu FOKUS. Keputusan mesti kukuh. Bagitau pada diri sendiri, "Saya nak berjaya dalam Monavie. Saya akan buat Monavie sampai berjaya."

En Shah kata, kebanyakan orang gagal dalam sesuatu perkara bukanlah sebab mereka gagal dalam erti kata yang sebenarnya, tetapi mereka berhenti dari melakukan perkara yang sepatutnya boleh membawa kejayaan kepada mereka. Sebagai contoh, orang yang TIDAK KURUS (nak kata GEMUK kurang baik) yang ingin menguruskan badan. Kebiasaannya mereka berusaha bersenam, jaga makan, kemudian sampai satu masa mereka berhenti. No More Exercise! No More Diet! Mereka bukan GAGAL, tetapi mereka BERHENTI!

Begitu juga dalam MLM, kebanyakan orang bukannya gagal... tetapi berhenti buat bisnes.

1. KEPUTUSAN KUKUH

Dalam apa jua bidang, untuk berjaya kita perlu buat keputusan yang kukuh. Nak jadi doktor, engineer, lawyer... semua perlu keputusan yang kukuh. Kalau tak kukuh... setahun dua tahun, kemudian berhenti belajar. Jika keputusan kukuh, kita akan bertahan dalam bisnes ini, walaupun belum nampak hasil. Kebanyakan orang join MLM sebab ingin income besar, tetapi join 3 bulan, kemudian berhenti. Keputusan tak kukuh. Contoh orang2 yang membuat keputusan kukuh adalah leader2 MLM yang income mereka mencecah 6 ke 7 angka SEBULAN. Mereka adalah orang yang benar2 telah buat keputusan untuk berjaya dalam MLM. Mereka buat MLM Full Time. Ini adalah antara ciri2 leader MLM yang berjaya.

Ada juga yang cuba untuk menyelam sambil minum air, buat 5 bisnes MLM serentak. Tak dinafikan memang ada yang berjaya buat income, tetapi jika dijumlahkan income 5 bisnes MLM tersebut, pun masih tidak sama dengan Income dari satu bisnes MLM oleh leader2 yang buat keputusan yang kukuh. Jika keputusan anda kukuh, anda perlu fokus. FOKUS adalah perkara yang penting untuk berjaya dalam apa jua bidang. Jika anda fokus, itu maknanya keputusan anda memang kukuh.

Bila keputusan kukuh, pasti banyak halangan dan dugaan yang datang. Saudara-mara, kawan-kawan, kenalan, mungkin ada yang bagi kata2 yang sangat kurang memberangsangkan anda. Jika keputusan kukuh, anda hanya pandang ke depan (MATLAMAT ANDA), yang lain anda tolakkan ke tepi. Mereka akan letih dengan mulut mereka, tetapi anda masih tetap dengan keputusan anda. Buatlah keputusan anda sekarang juga!!! Selepas itu, belajar bisnes ini, dan laksanakan.



Mubin Abdurrahman (019-6464707,thegreatfortune@yahoo.com)

0 comments: